Syafiq Kyle hantar rombongan merisik Mimi Lana

SYAFIQ KYLE & MIMI LANA
SYAFIQ KYLE & MIMI LANA
A
A
A

HUBUNGAN cinta pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana kembali mendapat perhatian ramai apabila dikatakan bakal ke mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Difahamkan keluarga Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, sudahpun merisik Mimi, 28, dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan pada Sabtu.

Perkara tersebut turut disahkan oleh pengurus Mimi, Iman Tang sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan.

Terdahulu, Syafiq, 31, turut memuat naik beberapa keping gambar  bersama Mimi yang  turut menyaksikan cincin di jari manis kekasihnya itu.

“Counting days. 1, 2, 3 action!” tulisnya ringkas beserta emoji sebentuk cincin di akaun Instagram miliknya.

Dalam hantaran berbeza, Mimi seakan memberi gambaran sama apabila berkongsi gambar jari manisnya disarungkan cincin. Malah pada gambar tersebut ditanda dengan nama Syafiq.

“One step closer, Insya-ALLAH. Alhamdulillah,” tulisnya.

Baru-baru ini, Syafiq memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dan tidak menafikan sudah menghadiri kursus kahwin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca