PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof , 38, bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata, tindakan itu dilakukan susulan kenyataan daripada pihak JAWI berkenaan maklumat peribadinya yang disifatkan tidak benar dan berbaur fitnah.

“Saya saya sudah berbincang dengan peguam dengan panjang lebar tentang satu perkara. Dipendekkan cerita, saya akan saman pihak JAWI sebanyak RM10 juta kerana mereka sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya.

“Kenyataan itu tidak benar dan boleh dikatakan palsu. Mereka memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarga saya.

“Perkara tersebut berkaitan dokumen rasmi kerajaan. Jadi saya perlu ambil tindakan ini,” ujarnya menerusi pesanan suara kepada sebuah media.

Menurutnya lagi, buat masa ini hanya itu yang dapat dikongsi dan perkembangan lain akan dimaklumkan kelak.

“Setakat ini, itu dahulu yang boleh saya katakan. Itu dulu, selebihnya nanti,” katanya.

Menerusi perkongsian berasingan di akaun Instagram miliknya, Syamsul mendedahkan pihak JAWI menyebarkan kenyataan tidak benar yang menyatakan dia sudah berkahwin lagi.

Iklan

“JAWI menyebar kenyataan tidak benar dan fitnah kepada keluarga saya bahawa saya sudah berkahwin lagi. Ya, ia fitnah.” tegasnya.

Isu tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.