PELAKON Izara Aishah dan suaminya, Adib Khalid selamat menimang zuriat kedua mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh kedua-dua pasangan itu di laman Instagram sebentar tadi.

Adib meluahkan rasa syukurnya menerusi video yang memperlihatkan beliau gembira mendukung puteri keduanya.

“Alhamdulillah… Menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk doa,” katanya.

Anak pertama pasangan itu, Irisa Alaia, 3 tahun pula dilihat sedang bermain-main dengan adiknya.

Baca juga: Izara Aishah kini bergelar ibu

Bagaimanapun, pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu tidak menyatakan butiran tentang tarikh beliau bersalin.

Menerjah ke ruangan komen, peminat pelakon mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Alhamdulillah. Tahniah,” komen juwitakadata.

“Masya-ALLAH. Lebatnya rambut adik baby. Alhamdulillah dah jadi kakak dah dia ye,” kata n_sd.faisyqeel.

Iklan

Sementara itu, Elvina Mohamad, Siti Saleha dan Fauziah Nawi antara rakan artis yang menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

Baca juga: Bersalin bulan depan, Izara Aishah sarat hamil anak kedua kongsi foto baby bump, lerai teka teki warganet

Baca juga: Padam semua gambar lama, Izara Aishah kini tampil bertudung

Pada 6 September lalu, Izara mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan beliau sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada Oktober.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib pada 17 November 2017.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!