Tahniah! Sofyank dan isteri selamat timang puteri sulung

PEREKA kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank selamat menimang cahaya mata pertama semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Sofyank menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram miliknya.

Dia meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata perempuan sulung itu.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami,” coretnya.

Dalam pada itu, Sofyank dan isteri turut mengucapkan terima kepada semua yang mendoakan urusan dia dan keluarga dipermudahkan.

“Saya dan isteri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan isteri saya dipermudahkan sewaktu melahirkan zuriat pertama kami,” ujarnya.

Baca juga Bakal timang anak sulung, Sofyank titip doa untuk isteri

Sofyank dan isteri.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Sofyank dan isteri, Nabilah Ramli telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas perkenalan selama tujuh tahun.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Sofyank sunting video ucapan hari jadi Zach King, hasilnya memang ‘real’ dan luar biasa!

Sofyank mula dikenali melalui video kreatif yang dihasilkan hingga meraih perhatian personaliti Amerika, Zach King dan beberapa aktor Hollywood seperti Ryan Reynolds dan Will Smith.

Tahniah diucapkan kepada Sofyank dan isteri, moga hadirnya si kecil memberi seribu rahmat buat keluarga.

Sumber: Instagram

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!