TAHNIAH buat pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad yang selamat melahirkan bayi lelaki menerusi pembedahan semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh suami, Raja Syahiran dan Uyaina melalui laman Instagram milik mereka secara serentak.

Ujar mereka, kelahiran anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan suami, Raja Syahiran disambut dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

“Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Alhamdulillah, pembedahan berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Baca juga “Finally Arsalan ada adik.” – Jihan Muse selamat lahirkan anak kedua

Uyaina menerusi perkongsian yang sama turut menitipkan pesanan buat bayinya itu dan berdoa agar dia menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan agama.

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama serta menjadi manusia berakhlak mulia dan seorang pemimpin hebat.

Iklan

“Saya juga memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik daripada semua pihak buat anak sulung kami ini. Baba dan Mama sayangkan awak,” tulisnya.

Sementara itu, mereka turut memuat naik gambar tangan bersama putera sulung tersebut.

Iklan

Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi telah mendirikan rumah tangga 20 Disember 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.