DALAM diam tak diam, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Jihan Muse selamat melahirkan anak kedua semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan isteri pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman menerusi laman sosial Instagramnya.

“Tahniah Kak Jihan, akhirnya Arsalan sudah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik, selamat berpantang,” titip Syaheera yang juga merupakan adik angkat Jihan.

Pada masa sama, Naib Juara Raja Lawak itu turut berkongsi perkhabaran bahagia itu menerusi Instagram Storynya.

Baca juga: Bergelar juara GV8, RM100,000 milik Aliff Aziz

Baca juga: “Semoga terus istiqamah, jom pakai tudung.”- Jihan Muse

 

Beliau turut memuat naik beberapa keping foto ucapan tahniah daripada pihak hospital dan bidan yang merawatnya.

Bagaimanapun, empunya diri tidak secara spesifik menyatakan butiran kelahiran cahaya mata baharunya.

Sebelum itu, dunia hiburan mengetahui Jihan berbadan dua selepas selebriti berkenaan secara terbuka berkongsi beberapa foto dan perkembangan kehamilannya.

Iklan

“Kejap macam nak keluar, kejap macam tak nak. Kali ini dia main tarik tali dengan bonda. Doakan ya. #lastcheckup,” katanya dengan nada seloroh.

Jihan atau Nuur Jihan binti Musa mendirikan rumah tangan dengan pelakon Ungku Hariz pada Mac 2016 selepas sembilan tahun bercinta.

Anak sulung mereka, Arsalan atau nama penuhnya Ungku Arsalan Haq kini sudah berusia empat tahun.

Baca juga: Tak sangka Alha, Jihan Muse buat macam ini untuk frontliner

Iklan

Baca juga: (VIDEO) Didakwa sebagai kontak rapat Alif Satar, Jihan Muse beri penjelasan

Sumber: Instagram Jihan Muse, Syaheera Rahman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan