Tajuk jauh tersasar, Siti Nurhaliza tegur blog hiburan
PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menegur sebuah blog hiburan yang menggunakan tajuk tidak betul mengenai anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 4 tahun.
Blog hiburan itu berkongsi artikel dengan tajuk ‘Siti Nurhaliza lebih gembira Aafiyah jadi ahli politik’ yang sebenarnya jauh berbeza dengan kenyataan yang dibuat Siti di sidang akhbar Konsert A Night To Remember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, pada 6 Oktober lalu.
"Etika menulis dan impak kepada orang lain.
“Cuba tonton (video siaran langsung) saya pada 6 Oktober, saya ada kongsi di sini (Instagram). Dengar apa yang saya jawab apabila media bertanyakan tentang Aafiyah.
“Tajuk berita ini jauh berbeza dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis,” ujar Siti.
Tambah isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu, tajuk yang ditulis boleh mengundang komen-komen negatif daripada netizen.
"Netizen akan menulis di ruangan komen berdasarkan tajuk tersebut dan macam-macam akan diperkatakan.
“Apa yang saya tekankan adalah mengenai etika menulis. Jangan mengubah fakta dan saya pula yang terkena impak negatifnya.
“Saya berharap agar blog hiburan ini bertanggungjawab atas artikel dan tajuk yang ditulis.
“Saya tidak pernah ada masalah dengan pihak media tetapi saya mahu agar apa yang ditulis perlu dengan fakta yang betul, apatah lagi ada video yang boleh dirujuk,” tegasnya.
Terdahulu ketika ditemui media pada 6 Oktober lalu pada sidang akhbar Konsert A Night To Remember di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, Johor memaklumkan enggan Aafiyah menjadi penyanyi dan lebih gemar jika anaknya itu memilih menjadi ahli perniagaan apabila dewasa kelak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang