KELAHIRAN anak adalah momen yang amat bermakna bagi setiap pasangan yang bekahwin.

Kehadiran cahaya mata jua membawa seribu satu makna dan kebahagiaan.

Begitulah juga situasi yang dilalui bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang mengumumkan di media sosial semalam pasangannya, Georgina Rodriguez mengandungkan anak kembar.

Katanya mereka tidak sabar untuk menanti kelahiran anak tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Gembira untuk mengumumkan kami menantikan anak kembar.

“Hati kami penuh dengan rasa sayang, kami tidak sabar menanti awak,” coretnya di Intagram.

Cristiano Ronaldo murah hati tawar hotel miliknya jadi pusat rawatan wabak covid-19

Pemain bola Manchester United dan Portugal yang berusia 37 tahun itu berkongsi foto pasangan berkenaan sedang berbaring di katil dengan Ronaldo memegang dua gambar ujian ultrasound.

Iklan

Bekas pemain Juventus itu sebelum ini sudah memiliki empat anak.

Anak lelaki sulung bernama Cristiano Junior dilahirkan pada Jun 2010 menerusi ibu tumpang.

Baca juga Bimbang anak tidak berselera di penjara, Shah Rukh Khan minta kebenaran hantar makanan dari rumah

Pada Jun 2017, Ronaldo menjadi ayah kepada pasangan kembar Eva dan Mateo dengan kaedah cara yang sama.

Iklan

Kemudian Alana Martina, dilahirkan pada November 2017 yang merupakan anak pertamanya bersama Rodriguez.

Pada 2017, Ronaldo memberitahu France Football bahawa dia mahukan tujuh anak.- AFP