KASIHNYA seorang bapa, pasti tidak tega mendengar khabar anak yang disayangi ditimpa kesusahan.

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan baru-baru ini dilaporkan meminta kebenaran pihak berkuasa untuk menghantar makanan dari rumah untuk anaknya, Aryan.

Aryan yang kini berada di Penjara Arthur Road dilawati Shah Rukh Khan pada Khamis lalu.

Pertemuan selama 20 minit itu dijalankan mengikut prosedur biasa tanpa sebarang keistimewaan.

Menurut sumber dari penjara berkenaan, aktor Kabhi Khushi Kabhie Gham itu turut bertanyakan perihal makan minum  Aryan.

Menurut laporan India Today, Shah Rukh Khan cuba mendapatkan kebenaran untuk menghantar masakan dari rumah buat anak sulungnya itu.

Terdapat juga laporan bahawa Shah Rukh Khan dan keluarganya bercadang untuk melupakan sambutan hari lahirnya dan Diwali kerana merasakan Aryan mungkin tidak dibenarkan ikat jamin.

Lapor Bollywood Hungama, Shah Rukh yang telah menjauhkan diri daripada sorotan media sejak penahanan Aryan dilaporkan akan meminta peminatnya untuk tidak berkumpul di rumahnya.

Iklan

Aryan Khan sebelum ini ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Dalam serbuan 3 Oktober itu, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh Rupee.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Khas Mumbai pada 26 Oktober menolak permohonan ikat jamin Aryan.

Iklan

Baca juga: Isteri Shah Rukh Khan Larang Tukang Masak Sedia Manisan Hingga Aryan Pulang

Baca juga: Sayang Ketagihan Dadah Usia Muda, Menteri Saran Aryan Khan Dihantar Ke Pusat Pemulihan

Sumber: News18