Tak sangka dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam- Farawahida

Farawahida
Farawahida
A
A
A

PENYANYI Farawahida mengakui perkahwinan keduanya bersama lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias, yang sepatutnya berlangsung pada Ogos depan, dipercepatkan atas persetujuan keluarga kedua belah pihak.

Malah majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjid Daerah Taiping, Perak, pada Jumaat juga dianggap cukup istimewa kerana jatuh pada tarikh sambutan hari ulangtahun kelahiran Fara ke-36.

“Ikutkan perancangan awal, kami nak bernikah selepas musim raya nanti, sekitar bulan Ogos depan. Namun ia dipercepatkan pada bulan ini.

“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan majlis resepsi ringkas dengan mengundang 100 orang tetamu pada malamnya,” ujar Fara yang menerima senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin.

Sehari sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri, pasangan itu terlebih dahulu mengadakan majlis merisik dan mengikat tali pertunangan.

Pada majlis tersebut, Fara atau nama penuhnya Farawahida Razali menerima dua bentuk cincin sebagai tanda merisik dan bertunang, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Berkongsi perkenalannya dengan suami yang berasal dari Melaka itu, Fara berkata, hubungan mereka bermula di gelanggang badminton sebagai kawan biasa.

“Dia satu pasukan badminton dengan saya yang disertai sejak dua tahun lalu di KL.

“Pada awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa. Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

“Selesai bermain badminton, kami bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap,

“Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam dan hujung tahun lalu, kami mula rapat," imbaunya.

Menurut Fara hatinya terpaut kepada suami yang sebelum ini merupakan duda tiga anak itu kerana sikap sederhana yang dimiliki.

“Saya menyukai lelaki yang sederhana dan tidak terlalu 'loud' dan ciri-ciri itu ada pada suami saya,” katanya.

Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, Fara yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Shukor Mohd Zain 16 Disember 2013 dan kemudiannya berpisah lebih setahun lalu, berharap dapat membina hidup baharu.

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami.

“Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca