Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

A
A
A

WAJAH seiras ini mengembalikan nostalgia peminat kepada penyanyi dan pelakon era 90-an, Arni Nazira Anuar.

Biarpun sudah lama tidak membuat penampilan seni, Arni sering berkongsi menerusi laman sosial Instagram.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon filem Bara dan Nafas Cinta itu memuat naik gambar bersama anak sulungnya yang digelar sebagai Kakak.

Baca juga: ‘Sindrom mak mak ni, sebak baca.’ Kongsi wajah anak yang kini 8 bulan, ramai puji wajah seiras Ernie Zakri!

Foto puteri sulungnya, Putri Aleeya Antasha, 22 yang baharu menamatkan pengajian menjadi perhatian warganet.

Ternyata gadis itu mewarisi kecantikan Arni yang sememangnya terkenal dengan kecantikan asli serta raut wajah lembut.

Tidak hanya berjaya menamatkan pengajian, menerusi hantaran yang sama, Arni berkongsi Puteri Aleeya Antasha meraih anugerah  pada istiadat konvokesyen MSU Malaysia baru-baru ini.

“Alhamdulillah dan tahniah Kakak Putri atas Konvokesyen tempoh hari.

“Syukur pada Yang Maha Esa berkat usaha dan ketekunan, kakak berjaya memperoleh 'Anugerah Akademik' bagi Diploma in Event Management.

“Mummy dan daddy doakan moga kakak serta adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi,” titip Arni.

Baca juga: Persis suara bapanya, terubat rindu warga maya dengar suara arwah Ustaz Asri Rabbani

 

Penyanyi lagu Cinta Antara Benua turut menitipkan doa agar anak-anak terus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Tidak kurang juga yang tertarik dengan kejelitaan dan wajah seiras dua beranak itu.

-"Alhamdulillah. Tahniah buat untuk Mummy Arni dan Kakak. Semoga ilmu diperoleh kakak selama ini bermanfaat di dunia dan akhirat, aamiin."

-"Tahniah Kakak Putri dan mummy @arninazira."

-"Tahniah, ingatkan Arni tadi. Copy paste mamanya"

-"Seiras dengan mummy."

-"Subhanallah, salin tidak tumpah muka Arni semasa muda."

-"Mula-mula ingat Arni. Apabila tengok gambar yang lain baru tahu. Copy and paste betul. Alhamdulillah dan tahniah."

Arni mendirikan rumahtangga dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Datuk Awie pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, 20. Bagaimanapun mereka berpisah pada tahun 2006.

Puteri Aleefa Antasha juga sedang melanjutkan pengajian yang sama dengan kakaknya.

Baca juga: 'Tenang air muka, cantik macam bonda.'-Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Bertemu jodoh kali kedua pada tahun 2009, Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hadzrie Wan Mokhtar.

Rumah tangganya kini diserikan tiga orang permata hati, Wan Muhammad Muadz, 12, Wan Ayesha Maserra,10, dan Wan Muhammad Mushrief, 6.

Baca juga: Raut wajah lembut seiras, wanita teringin jumpa Fazura curi perhatian ramai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca