BIARPUN sibuk dengan bidang perniagaan produk kosmetik miliknya di bawah jenama Mikaseries, pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak pernah berhasrat meninggalkan dunia seni.

Mengubat rindu para peminat yang lama menantikan kemunculannya di kaca TV, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar, 36, kini tampil dengan drama terbaharu lakonannya, Madam e-Wallet yang kini sedang hangat bersiaran di TV3.

“Sejak aktif dalam bidang perniagaan, memang saya agak sibuk dan tidak mempunyai masa untuk lakonan.

“Bagaimanapun, saya akan cuba mencari masa dan peluang untuk tampil dengan projek lakonan baharu sekurang-kurangnya satu atau dua naskhah dalam setahun agar peminat masih dapat melihat saya di kaca TV atau layar.

“Selain Madam e-Wallet, saya juga akan memulakan penggambaran drama terbaharu, Episod Cinta pada awal Mei ini setelah tertangguh beberapa ketika disebabkan pandemik Covid-19,” ujar Zoey.

Penampilan terbaharu Zoey dalam drama Madam e-Wallet

Dalam perkembangan lain, Zoey meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik yang diceburinya semakin memberangsangkan dalam pasaran tempatan.

Teruja dengan perkembangan itu, Zoey kini melangkah setapak lagi dengan mengembangkan perniagaan dalam bidang makanan pula.

Projek pertama yang dihasilkan adalah di bawah jenama Mikabitee. Malah sempena Ramadan ini, Mikabitee memperkenalkan Nutella Brownies yang di lancarkan secara atas talian di shopee pada 17 April lalu.

“Brownies ini sangat sedap, keras di tangan dan lembut serta cair di mulut. Kami menggunakan premium dark coklat, membuatkan rasanya tidak terlalu manis seperti brownies yang biasa kita makan.

Iklan

“Saya juga membuka peluang kepada mereka yang berminat sama-sama terlibat dalam perniagaan ini dengan menjadi ejen atau stokis,” katanya Zoey yang mahu turut membantu orang ramai menambah pendapatan.

Tidak hanya itu, usahawaan muda ini juga tampil berkolaboratif dengan rakannya, Firdaus Feeq, untuk menghasilkan Dandeng Bakar.

Iklan

“Dandeng Bakar istimewa dan unik  ini saya namakan sebagai Dendeng Bakar Zoey Rahman.

“Ia berbentuk daging salai yang dipotong nipis dan mudah dimakan. Malah sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan makanan sihat tanpa minyak kerana ia di salai.

“Dandeng Bakar Zoey Rahman ini juga dijual secara atas talian dan maklumat lanjut boleh didapati menerusi Instagram saya,” kata Zoey.