CARTOON Network bakal menampilkan tayangan perdana filem televisyen paling ditunggu, We Bare Bears: The Movie.

Filem yang mengisahkan tentang pengembaraan beruang-beruang comel kegemaran ramai akan disiarkan pada 12 September ini, jam 11 pagi, menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635).

Ia juga boleh ditonton di saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X pada tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.

Menjelang pelancaran filem tersebut, para pengikut filem itu boleh menonton episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, setiap hari bermula 24 Ogos lalu sehingga 11 September ini pada jam 4 petang, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635).

Setiap minggu Cartoon Network akan mempertontonkan sorotan satu beruang dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik, asal usul dan kualiti beruang tersebut.

Membawa pengembaraan dan persaudaraan sekawan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie.

Filem ini juga akan menampilkan bintang Cameron Esposito sebagai Ranger Dana Tabes, Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa) dan lain-lain.

Iklan

We Bare Bears: The Movie mengisahkan tentang hidup yang penuh menyeronokkan buat trio buat trio beruang yang sangat disukai ramai itu.  Namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout daripadan Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan keamanan semula jadi dengan memisahkan mereka selama-lamanya.

Cartoon Network juga akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kali untuk Asia dengan Pesta bertema, Idea dan Aktiviti We Bare Bears.

Untuk mendapatkan dan memasuki suasana pesta, peminat di Malaysia juga boleh memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan lain seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.

Iklan

 

(FOTO: Cartoon Network)