Team pagi suria jelajah enam negeri sempena bulan kemerdekaan

Suria FM
Suria FM
A
A
A

SINONIM dengan penganjuran siri jelajahnya, stesen radio Suria FM kembali menjelajah beberapa negeri terpilih bermula 14 Ogos ini menerusi siri mini jelajah Team Pagi Suria Merdeka Tour.

Siri mini jelajah yang dianjurkan bersempena bulan kemerdekaan ini bakal singgah ke lokasi sarapan popular seluruh Malaysia.

Orang ramai boleh meluangkan masa bersama penyampai Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali di setiap lokasi yang terlibat.

Antara lokasi terpilih ialah Ayang Cafe, Kota Bahru Kelantan pada 14 Ogos, Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu (15 Ogos), Hameed Pata Mee Sotong dan Padang Kota Lama, Georgetown (22 Ogos).

Diikuti Ipoh Hainan Chicken Rice Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh Perak (23 Ogos), Roti Canai Kayu Arang, Melaka (29 Ogos) dan berakhir di Nasi Lemak Wanjo, Kg. Baru Kuala Lumpur (30 Ogos).

Selain dapat bersarapan dan makan tengah hari secara percuma bersama penyampai Team Pagi Suria, pengunjung yang hadir turut akan dihiburkan dengan beberapa aktiviti yang memberi peluang kepada mereka membawa pulang hadiah menarik.

Suria FM juga akan turut mengedarkan pelitup muka dan bendera Malaysia kepada semua pengunjung yang hadir sebagai simbolik penganjuran mini jelajah ini.

Menurut Pengurus Kanan Suria iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, penganjuran mini jelajah ini adalah bagi memperkenalkan barisan Team Pagi Suria sebagai tonggak utama Suria FM.

“Bukan itu sahaja, mini jelajah ini juga diharapkan dapat meraih pengikut baru untuk mendengarkan Suria.

“Berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19 ditempat awam, pihak Suria FM akan menerapkan penjarakkan fizikal dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi-lokasi siri jelajah ini,”, katanya.

Ikuti info lanjut di laman web www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

 

(FOTO: Suria Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca