PEMENTASAN teater Mak Yong Anak Raja Gondang yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 12, 13 dan 14 Mei ini dibatalkan.

Pembatalan tersebut dimaklumkan menerusi satu notis pemberitahuan yang dikongsi di akaun Instagram rasmi Istana Budaya pada Jumaat.

“Adalah dimaklumkan bahawa pementasan teater Mak Yong Anak Raja Gondang yang dijadualkan pada 12, 13 dan 14 Mei 2023 dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berhubung perkara ini dan terima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya.

Teater Mak Yong Anak Raja Gondang arahan bersama Engku Normalareesa, Kamrul Hussin dan Arifwaran Shaharuddin itu sepatutnya memulakan pementasan pertama pada malam ini, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Naskhah tersebut dibintangi nama-nama besar seperti Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Dr Rosdeen Suboh, Hairi Safwan, Sharul Mizad dan Zamzuriah Zahari, selain tutur disertai alumni ASK dan Aswara.

Sebarang informasi lanjut dan pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Sri Temenggong Production Sdn Bhd selaku penerbit di talian 012-3404300.

Iklan

Sementara urusan tuntutan bayaran balik pembelian tiket pula boleh dibuat dengan menghubungi talian 017-283 0123 atau emel hello@cloudjoi.com

(FOTO: INSTAGRAM ISTANA BUDAYA)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi