Teman Dollah Posmen mohon maaf, Shahrol Shiro harap Pos Malaysia tarik semula hukuman

A
A
A

SEJAK Selasa lalu, kes seorang posmen bertindak melastik mata seekor anjing dengan getah telah tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat.

Bertindak atas laporan, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah mengambil tindakan untuk mengantung tugas kakitangan terbabit.

Bagaimanapun pada Jumaat, pekerja yang dikenali sebagai Dollah Posmen ditemani pelawak, penyampai radio dan pengacara, Shahrol Shira serta beberapa individu lain telah bertemu dengan pemilik anjing iaitu Sivakumar Marimuthu bagi memohon maaf.

Berkongsi detik pertemuan itu, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, memberitahu, kedatangan mereka disambut baik Sivakumar dan isteri, Magesh.

“Alhamdulillah… Di hari Jumaat yang mulia ini segalanya dipermudahkan dan telah selesai isu Dollah posmen bersama pemilik anjing.

“Encik Siva dan Puan Magesh sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami dengan penuh kemesraan.

“Apabila duduk semeja titik persamaan telah dijumpai dan titik perbezaan telah kita hindari,” kongsinya menerusi Instagram.

Tambah Shahrol, perbuatan mencederakan haiwan sememangnya salah, namun individu berkenaan telah mengaku salah dan menyesal atas perbuatannya itu.

“Beliau berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi memandangkan beliau telah pun menerima hukuman penggantungan kerja.

“Atas dasar perikemanusiaan saya memohon agar pihak Pos Malaysia Berhad dapat menarik balik hukuman dan membenarkan beliau bekerja kembali memandangkan beliau mempunyai keluarga yang perlu disara,” katanya.

Bukan itu sahaja, ujar Shahrol, sepanjang tempoh digantung kerja ini, dia mewakili Pemuda UMNO Bahagian Kluang , ABK Aku Budak Kluang, Ngepot Kabin serta beberapa NGO anak muda Kluang akan menghulurkan bantuan kepada Dollah dan keluarga untuk meringankan beban yang dihadapi.

“Tahniah atas sikap profesional orang Kluang. Semoga keharmonian masyarakat di Kluang dapat kita kekalkan.

“Terima kasih En Siva dan Pn Magesh, Dollah dan isteri serta semua yg terlibat mewujudkan suasana damai ini,” ujarnya.

[video width="640" height="360" mp4="https://website-sinarharian.s3.ap-southeast-1.amazonaws.com/2021/02/153433599_1104589689964310_3539029881712432113_n.mp4"][/video]

Pada Selasa, Facebook Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video memaparkan tindakan seorang posmen melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor.

Akibat tindakan itu, anjing tersebut telah mengalami kecederaan pada mata kiri dan posmen tersebut digantung tugas.

Kredit Foto : Facebook Aku Budak Kluang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca