Temui noktah, mahkamah sahkan lafaz cerai ‘voice note’ ND Lala terhadap Fauziah

IKATAN rumah tangga penyanyi terkenal pada era 1980-an dan 1990-an, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala yang terbina selama 34 tahun dengan isteri, Datin Fauziah Sarman akhirnya temui noktah hari ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya kes kami selesai secara baik pagi ini apabila hakim mengesahkan lafaz cerai yang dibuat bekas suami melalui ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah,” kata Fauziah Sarman, 55, mengenai pengesahan perceraiannya dengan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, 62.

Fauziah yang berjubah hitam hadir pada prosiding pengesahan lafaz cerainya dengan ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut didengar di hadapan Hakim Ahmad Muttaqi Ismail pada jam 10.30 pagi tadi.

Baca juga Waspada wanita dianggap kakak, adik, anak atau sahabat, pengalaman ditipu, ibu Shila Amzah titip nasihat

Fauziah yang juga ibu penyanyi popular, Shila Amzah dan Syada Amzah berkata, sekarang mereka sudah sah bukan lagi suami isteri dan berkat doa semua, ALLAH menguatkan jiwanya untuk memulakan hidup baru bersama anak, menantu, cucu dan sahabat yang sentiasa ada bersama di sisinya.

Mengenai apa perancangan selepas ini, Fauziah belum membuat sebarang keputusan lagi. Namun, segala yang berhak menjadi haknya sepanjang perkahwinan, akan dituntut mengikut undang-undang.

Memetik laporan media tempatan, ibu kepada empat cahaya mata itu berharap agar semua dapat mendoakan dirinya dan dia turut berterima kasih atas sokongan selama ini. Ujarnya, hanya ALLAH saja dapat membalasnya.

Baca juga Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah

Sebelum ini, pada 9 Ogos lalu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram memaklumkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadapnya di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan dia mengetahuinya menerusi kiriman WhatsApp pada 8 Ogos lalu.

Iklan

ND Lala dikaitkan dengan kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan bernikah lagi bersama wanita muda. Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung berkaitan isu terbabit.

Terdahulu, rumah tangga pasangan tersebut dikatakan berantakan. Namun Shila menafikan spekulasi dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Baca juga Sedih tetapi sedia hadapi segala ketentuan, Shila Amzah buka mulut tentang penceraian ibu bapa

Iklan

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!