ISU penceraian penyanyi 80-an, Datuk ND Lala selepas 34 tahun berumah tangga mengejutkan. Lafaz cerai pada 2 Ogos itu dimaklumkan oleh isterinya, Fauziah Sarman pada 9 Ogos. Sementelah berita duka itu berlaku beberapa hari selepas perkahwinan anak sulung mereka, Shila Amzah.

Shila menerusi penstriman langsung di Instagram memaklumkan beliau sudah bersedia untuk berhadapan dengan perpisahan kedua orang tuanya.

“Sebagai anak sulung, anda yang paling nampak dalam kehidupan rumah tangga itu.

“Apabila ibu bapa bercerai, bukan bermakna saya gembira. Saya sedih,” ujarnya.

Mengulas mengenai penggunaan perkataan ‘lantak’ pada sesi live di TikTok baru-baru ini, Shila menjelaskan bahawa beliau sudah penat.

“The reason saya menggunakan perkataan ‘lantak’ kerana sejujurnya sudah penat hingga mereka mencapai kata sepakat untuk berpisah.

“Sebagai anak, tentu saya sedih tetapi dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan.

“Tanyalah anak-anak daripada keluarga yang bercerai. Mereka tentu sudah penat, reda dan berdamai dengan ketentuan ALLAH,” tuturnya.

Pernah melalui perpisahan menerusi perkahwinan pertama, pelantun Patah Seribu itu memberikan semangat buat ibunya yang sedang melalui situasi sukar.

Baca juga: Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah

“Sha juga beritahu mak supaya berdamai dengan keadaan agar tiada satu rasa pun yang terbit jika terpaksa berjumpa.

“Itulah cara terbaik untuk meneruskan kehidupan.

“Jika masih ada rasa dendam, benci, semua itu adalah perasaan. Apabila wujud, ia menyukarkan,” ujarnya yang mengakui wanita memerlukan masa untuk bangkit.

Iklan

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989.

Hasil perkongsian hidup selama 34 tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Fauziah memaklumkan ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos melalui aplikasi WhatsApp.

Iklan

Baca juga: ‘Asalkan itu yang terbaik buat dirinya’- Komen Syada Amzah dengan pilihan kakak. Bakal ikut jejak Shila tak lama lagi

Sumber: Instagram Shila Amzah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!