LAGU Gila ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong, menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari MBSA Shah Alam pada Ahad.

Kemenangan itu melayakkan lagu yang didendangkan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi Anugerah Juara Lagu 35.

Aina Abdul menebus kontroversi dan kekalahan di AJL yang lalu apabila lagu ciptaan sepenuh olehnya, Semalam diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Gandingan komposer hebat, Hael Husaini dan Ezra Kong mengulangi kejayaan mereka di AJL yang lalu apabila lagu ciptaan mereka, Belenggu Rindu memenangi tempat ketiga. Lagu yang disampaikan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM20,000 dan trofi.

Sementara itu, Ernie Zakri menepati ramalan ramai apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM12, 000 dan trofi. Manakala Zizi Kirana dipilih peminat untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik, sekaligus menerima hadiah berupa wang tunai RM12,000, trofi serta baucar McDonald’s Malaysia selama setahun.

Setiap persembahan finalis AJL35 malam ini dinilai oleh sepuluh juri profesional tanah air yang diketuai oleh Datuk Mokhzani bersama Azmeer, Ajai, Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Helen Yap, AG Coco, LY, Datuk Acis dan Lukhman S.

Memperjuangkan semangat positif mengharungi cabaran pandemik, AJL35 dikendalikan Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Husni dan berlangsung dengan suasana normal baharu tanpa penonton.

Ia turut dihiasi persembahan mantap persembahan mantap oleh Ella, Naim Daniel, dan Yonnyboii diikuti dengan persembahan lagu #BaikSemula oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique.

Selain itu, persembahan interlude AJL35 akan digemparkan dengan persembahan bertemakan ‘project band’ di mana Hujan, Hazama The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret akan mempertaruhkan persembahan medley & ‘mash up’ lagu-lagu terbaik mereka bersama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Berikut senarai lagu yang bertanding:

#JUARA LAGU

Gila

Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B

Komposer : Noki, Loca B & Ezra Kong

Penulis Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong

 

#NAIB JUARA

Semalam

Penyanyi : Aina Abdul

Komposer : Aina Abdul

Penulis Lirik : Aina Abdul

 

#TEMPAT KETIGA

Belenggu Rindu

Penyanyi : Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

 

#VOKAL TERBAIK

Gundah

Penyanyi : Ernie Zakri

Komposer : Ernie Zakri & Sharon Paul

Penulis Lirik : Ernie Zakri & Sharon Paul

 

#PERSEMBAHAN TERBAIK

Eh

Penyanyi : Zizi Kirana

Komposer : Navigator & Zizi Kirana

Penulis Lirik : Mambang & Zizi Kirana

 

Hati

Penyanyi : Hael Husaini

Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong

Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

 

Iklan

7 Nasihat

Penyanyi : Shiha Zikir (menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kmy Kmo & Luca Sickta

Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta

Penulis Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta

 

Aku Bidadari Syurgamu

Penyanyi : Aishah

Komposer : Ippo Hafiz

Penulis Lirik : Siti Rosmizah

 

Hutang

Penyanyi : Floor 88

Komposer : Zai Hamzah

Penulis Lirik : Achoi Floor 88

Iklan

 

Kau Sakiti

Penyanyi : Amir Masdi

Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

Penulis Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage

 

Jangan Khianati Aku

Penyanyi : Azlan & The Typewriter

Komposer : Dark

Penulis Lirik : Dark

 

Peluang Kedua

Penyanyi : Nabila Razali

Komposer : Hael Husaini & Mfmf

Penulis Lirik : Hael Husaini & Mfmf