Tepis dan terjatuh, bukan hempas, peguam kongsi kronologi versi Rizky Billar, berbeza dengan laporan Lesti Kejora

A
A
A

TEPIS dan terjatuh, bukan dihempas. Demikian dedah peguam Rizky Billar, berhubung dakwaan keganasan rumah tangga oleh isterinya, Lesti Kejora.

Berbeza dengan laporan polis yang dibuat Lesti sebelum ini, Peguam Rizky Billar, Adek Erfil Manurung berkongsi kronologi dakwaan keganasan rumah tangga yang didakwa dilakukan oleh anak guamnya itu.

Adek mendedahkan kronologi versi anak guamnya berhubung dakwaan keganasan rumah tangga. Tidak dedahkan punca pergaduhan pasangan itu, beliau menegaskan beliau hanya mahu bercakap mengenai keganasan rumah tangga.

Tegasnya, Rizky tidak menghentam Lesti di bilik air di rumah yang terletak di Cilandak Barat, Jakarta Selatan.

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Baca juga: Romantis di media sosial, rupanya penyanyi wanita mangsa dera, dakwa suami curang cekik, hempas ke lantai

"Yang jelas Rizky tak mengempas, tidak, itu tidak benar," kata Adek ketika ditemui Kompas di Polres Metro Jakarta Selatan pada Khamis.

Adek kemudian menjelaskan secara terperinci detik kejadian keganasan rumah tangga yang didakwa berlaku.

"Rizky hendak ke bilik air (untuk) bertenang, bahasa Rizky marah. Lesti kejar dan tarik ini (rantai) sehingga rantai itu putus. Kemudian, Rizky menepisnya dan Lesti terjatuh. Jadi, bukan dihempas ,” kata Adek.

Baca juga:Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir 'hinggap' di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

Sebelum memberikan kenyataan kepada media, Adek mengaku sudah meminta penjelasan Rizky dan Lesti terlebih dahulu.

Penjelasan Adek Erfil Manurung itu bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Lesti Kejora ketika pertama kali membuat laporan kepada penyiasat Polis Metro Jakarta Selatan.

Kompas menyatakan dokumen laporan Lesti yang diterima pihaknya mencatatkan penyebab pertelingkahan adalah kerana Rizky tertangkap curang.

Lesti kemudian meminta Rizky menghantarnya pulang ke rumah ibu bapa.

Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga

“Rizky dilaporkan beremosi, cuba menolak mangsa dan mencampakkan mangsa ke atas katil serta mencekik leher mangsa sehingga mangsa terjatuh ke lantai dan ini dilakukan berulang kali,” kata dokumen laporan itu berdasarkan kenyataan Lesti Kejora.

“Kemudian dalam insiden pada pukul 10.00, suspek dilaporkan cuba menarik tangan mangsa ke arah bilik air dan mencampakkan mangsa ke lantai dan mengulangi perbuatan itu sehingga tangan kanan, kiri leher dan badan mangsa terasa sakit,” sambungnya.

 

Sebelum ini, media melaporkan Lesti  membuat laporan terhadap Rizky di Balai Polis Metro Jakarta Selatan atas dakwaan keganasan rumah tangga pada malam Rabu, 28 September.

Baca juga: Baim Wong, isteri ‘prank’ polis demi konten konon ada keganasan rumah tangga tampil mohon maaf

Lesti dan Rizky melangsungkan pernikahan pada 19 Ogos 2021 di Hotel Intercontinental Pondok Indah, Jakarta Selatan. Billar memberikan mas kahwin 1 bilion rupiah (AS$72,300) kepada Lesti.

Kemudian baru diketahui Rizky dan Lesti telah bernikah secara siri pada April 2021. Daripada perkahwinan itu, Rizky mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 26 Disember 2021.

Baca juga: [VIDEO] Wanita meraung kesakitan, dakwa dipukul suami. Jiran segera report polis

Sumber: Kompas

Foto: Instagram lestykejora, rizkybillar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca