Tercampak sabit, Ellie, Shahidan saling bermaafan

Untitled design (73)
Untitled design (73)
A
A
A

AKTRES dan pengarah, Ellie Suriaty Omar meluahkan rasa kesal apabila secara tidak sengaja mencederakan pelakon baru, Shahidan Izwan atau Iwang ketika di set penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis.

Menurut Ellie, 52, kejadian berlaku ketika mereka melakonkan babak pergelutan dan sabit yang dipegang secara tidak sengaja ‘terbang’ dan mengenai dahi serta hidung Iwang.

“Masa penggambaran, sabit di tangan Mak Tijah (Ellie) terpelanting dalam pergelutannya dengan Jabet (Ammar Bahri) sehingga ‘terbang’ lantas mendarat di dahi dan hidung Kasa (Iwang).

“Akak minta maaf dan rasa sangat bersalah terhadap Iwang. Alhamdulillah, syukran Allah. Lembut hati Iwang sebab maafkan akak. Baik sangat budaknya,” ceritanya yang turut berperanan selaku guru lakon untuk filem berkenaan.

Sementara itu, Iwang, 25, menganggap kejadian tersebut dianggap satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.

“Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Adat semasa berlakon, mesti ada perkara yang tak diingini akan berlaku.

“Doakan luka saya cepat sembuh dan tak sabar nak masuk set penggambaran semula untuk buat yang terbaik demi menjayakan naskhah Telaga Suriram,” ujarnya.

Selain Ellie dan Iwang, filem arahan Osman Ali itu turut dibintangi Nabila Huda, Scha Alyahya, Farid Kamil, Maya Karin, Syrul Ezwan, Sri Irdina dan Faha Azhar.

Proses penggambaran filem bergenre seram itu majoritinya berlatarbelakangkan tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Perak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca