Terima anugerah DPSM, Dira Abu Zahar kini bergelar Datuk

Dira Abu Zahar - SinarPlus
Dira Abu Zahar - SinarPlus
A
A
A

PELAKON dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.

Dalam pada itu, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.

 

(FOTO: Instagram Dira Abu Zahar)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca