GEMPA bumi melanda Jepun 7.5 magnitud pada 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) semalam pada kedalaman 10 kilometer (6 batu) di Semenanjung Noto wilayah Ishikawa mengejutkan dunia yang sedang menyambut ketibaan tahun baharu 2024. Susulan amaran bencana alam itu, amaran tsunami dikeluarkan dan menggesa penduduk untuk berpindah terutama di kawasan pantai.

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous dan keluarga yang kini berada di Tokyo dilaporkan kini dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan suaminya, Datuk Zhafran Md. Yusof menerusi laman soaial Facebook.

Baca juga: Fouziah Gous tolak jalan pintas

“Kami telah menerima begitu banyak teks, direct message daripada rakan dan keluarga. Terima kasih banyak kerana kepekaan anda selepas gempa bumi.

“Kami amat menghargai keprihatinan anda. Kami berada di Tokyo pada masa ini dan akan menuju ke Osaka pada 6 Januari nanti,” jelas Zhafran.

Baca juga: Bila tengok bendera putih, terus berair mata – Fouziah Gous

Baca juga: ‘Awak bukan scammer…’ – Fouziah Gous mohon maaf pada Shuib

Dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad Zeeshan, 8, dan Muhammad Zaheen, 6.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pusat gempa iaitu Semenanjung Noto wilayah Ishikawa terletak lebih 500 kilometer (km) dari lokasi mereka sekeluarga.

“Gempa bumi itu berlaku lebih 500 kilometer dari Tokyo. Terima kasih atas doa anda.

“Ya ALLAH, terima kasih kerana telah menyelamatkan kami daripada bahaya dan melindungi kami dari segala ujian. Amin Ya Rabbal Alamin,” kongsinya.

Fouziah sekeluarga bertolak ke Jepun pada 31 Disember 2023. Warga maya terus mendoakan agar keluarga berkenaan dilindungi daripada bencana.

– “Stay safe and have a wonderful vacation.”

Iklan

– Stay safe and have a great holiday.”

– “Alhamdulillah. Have a safe holiday.”

Susulan gempa bumi yang melanda negara itu, amaran tsunami dikeluarkan apabila ombak dijangka mencapai sehingga 3 meter (9.8 kaki) dan gelombang itu dikesan sekitar 1.2 meter (3.9 kaki) di bandar Wajima, kata penyiar awam Jepun NHK.

Sekurang-kurangnya 31 gegaran susulan akan berlaku berhampiran kawasan di mana gempa bumi itu berlaku.

Iklan

SinarPlus mendoakan agar Fouziah dan keluarga terhindar daripada sebarang bahaya dan selamat pulang ke Malaysia nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!