'Terima kasih anak-anak mak. Alhamdulillah.' Ibu throwback video bersama Shila Amzah, warganet doakan perdamaian
AIR dicencang takkan putus, demikian juga ikatan kasih seorang ibu kepada anak-anak yang merupakan darah dagingnya sendiri. Bersyukur dikurniakan cahaya mata, ibu penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman dalam satu hantaran memuat naik sebuah video yang memaparkan anak-anaknya.
Biarpun dilanda konflik dengan anak sulungnya itu berkaitan sebuah kediaman di Hulu Langat tidak lama dahulu, namun wanita berusia 55 tahun itu tidak lupa memuat video memaparkan foto penyanyi tersebut.
"Terima kasih anak-anak mak. Alhamdulillah," titip beliau ringkas.
Menerusi video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan wajah-wajah Nurshahila, 34, Amir Syafiq, 31, Amir Syahir, 29, dan Nur Syuhada, 26 sejak kecil sehingga kini. Tidak lupa turut diselitkan gambar dua cucunya iaitu Seth dan Aryan.
Baca juga: Sedih tetapi sedia hadapi segala ketentuan, Shila Amzah buka mulut tentang penceraian ibu bapa
Baca juga: Bergaduh adik-beradik satu dunia tahu, jangan jadikan media sosial medan buka aib
Baca juga: Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah
Baca juga: Temui noktah, mahkamah sahkan lafaz cerai 'voice note' ND Lala terhadap Fauziah
Biarpun tidak diketahui kenapa bekas isteri Datuk ND Lala itu berkongsi video berkenaan, namun rata-rata pengikutnya melahirkan rasa teruja dan sebak.
Tersentuh dengan perkongsian berkenaan, warga maya menitipkan doa semoga keluarga itu bersatu kembali.
- "Me crying. Semoga yang baik-baik buat Mamazie dan family."
- "Kadang-kadang kita emak-emak jika ada terasa dengan anak-anak, pujuklah hati memaafkan. Reda kita pada anak-anak, semoga ALLAH merahmati, melancarkan urusan dunia dan akhirat dan keberkatan rezeki mereka."
- "Allahu, saya menangis. Air dicencang tak akan putus. Saya tahu Mama Zie sayang anak-anak, biar masa yang akan tentukan. Bahagia itu milik kalian semua."
- "Semoga semuanya bersatu kembali."
Terdahulu, perbalahan Pelantun lagu Patah Seribu dan adik-adiknya bermula selepas Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya.
Tidak lama kemudian, Shila tampil memberi penjelasan menafikan dakwaan bahawa beliau menghalau ibu dan adik-beradiknya daripada kediaman itu.
Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu bagaimanapun memaklumkan banglo dua tingkat yang mengandungi 12 bilik perlu dijual kerana terlalu besar untuk dijaga.
Beliau juga memaklumkan akan membeli rumah baharu buat Fauziah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang