BAPA kepada penyampai radio Nasionalfm, DJ Sonic meninggal dunia di Hospital Kapit, Sarawak pada Khamis.

Berita duka itu dikongsikan DJ Sonic atau nama sebenar, Awang Suffian Awang Hussein, 45, menerusi Instagram (IG).

“Salam semua, bapa dah pergi. Al-fatihah. Ya ALLAH.

“Bapak, terima kasih jadi bapak saya yang paling hebat dunia dan akhirat.

“Bapa saya tidak pernah sekalipun tinggikan suara kepada kami. Bapak yang hebat! Pak, rehatlah okay,” tulisnya.

Sebelum itu, dalam laman media yang sama, Dj Sonic memaklumkan bapanya dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

“Semalam (Rabu) semasa saya bersiaran di Nasionalfm pagi, Mak text bagi tahu. Sebagai anak yg berada jauh daripada mereka.

“Hanya ALLAH yang tahu! saya sangat down! Habis kerja di konti terus balik. Lepas itu kepala berpusing… tiba-tiba semangat hilang dan pergi ke klinik,” katanya.

Iklan

Menurut beliau, bapanya juga perlu ditebuk untuk memasukkan salur di leher.

“Badan bapak dah kembang dan bengkak! Doakan juga doktor dan jururawat yang rawat bapak Allah mudahkan terus urusan mereka !! Aamin,” katanya lagi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

  1. Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!