PELAKON Fauziah Datuk Ahmad Daud berasa cukup terharu apabila melihat hasil usaha gigihnya menjual Sambal Goreng Saadiah sepanjang tujuh tahun lalu kini semakin mendapat perhatian.

Apatah lagi, sambal goreng tersebut telah mula menjalani proses yang lebih mudah namun tetap mengekalkan kualiti yang sama.

Sambal Goreng Saadiah sudah dipermudahkan untuk pelanggan. Hanya perlu rendam selama 3 minit di dalam air panas, kemudian sedia untuk dimakan.

“Syukur, Sambal Goreng Saadiah dah mula dikilangkan, lebih mudah untuk masak serta mudah didapati. Sebelum bersetuju untuk dikilangkan, saya telah mencubanya dahulu dan bila dah rasa, kualiti dan rasanya ternyata sama. Jadi saya sangat berpuas hati.

“InsyaAllah, pada 9 Oktober ini, keluaran pertama Sambal Goreng Saadiah akan berada di pasaran. Oleh itu sekarang ini saya sedang sibuk menerima tempahan dan mencari stokis atau dropship yang berminat untuk sama-sama kita mencari rezeki,” katanya merendah diri kepada SinarPlus.

“Terima kasih mak ajar Fauziah resipi sambal ini”

Iklan

Artikel berkaitan: Senangnya buat sambal telur pecah… menyelerakan!

Iklan

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy tidak henti mengucapkan syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan orang yang sudi membantunya di kala dia kesusahan.

“Banyak yang saya lalui. Jumpa orang itu, jumpa orang ini dan akhirnya alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang mahu membantu saya menunjukkan jalan untuk memperluaskan perniagaan ini.

“Terima kasih juga kepada mak kerana mengajar Fauziah resipi sambal ini.

“Bila diingatkan kembali, saya jadi sebak. Namun sekarang dah nampak hala tuju saya. Fokus saya kini adalah pada perniagaan ini,” katanya.

Ditanya mengenai bidang lakonan pula, Kak Ogy tidak akan meninggalkan bidang tersebut kerana telah menjadi darah dagingnya selama ini. Akuinya, kak Ogy akan terus berlakon.

“Terima kasih mak ajar Fauziah resipi sambal ini”