‘Terima kasih ya Allah kau pinjamkan bonda’ – Maulana kenang kebaikan ibu tiri

Untitled design (46)
Untitled design (46)
A
A
A

IBU tiri kepada penyanyi Firdaus Maulana Mohamed iaitu Tengku Badariah Hassan Mohamed telah meninggal dunia pada pagi Khamis.

Maulana yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) memaklumkan, wanita dipanggil bonda itu meninggal dunia kira-kira jam 4.45 pagi.

Berkongsi kenangan dengan ibu tirinya itu, Maulana berkata, dia bersyukur kerana ALLAH SWT memberikan dua ibu yang kasih sayangnya tidak berbelah bahagi.

“Aku mempunyai mama dan bonda. Bonda Badariah seorang isteri yang sangat taat pada suaminya. Tak pernah sekali pun aku dengar bonda meninggikan suara pada Abah.

“Tak pernah sekalipun aku dengar bonda mengeluh pada ALLAH. Makan minum abah terjaga rapi saat bonda masih hidup dan sihat. Rumah macam duduk di hotel sebab selalu dikemas oleh bonda.

“Tiap kali kalau aku pulang ke Johor Bahru dulu, pasti bonda masakkan udang masak sambal sebab bonda tahu itu makanan kesukaan aku.

“Semua pernikahan anak-anak, bonda datang walaupun dalam keadaan bonda sakit tak boleh nak berjalan.

“Semoga syurga buat bonda yang sepanjang hidupnya menjadi isteri yang taat pada suami dan berbuat baik pada sesiapa saja yang bonda kenal,” kongsinya.

Maulana merupakan anak kepada penyanyi pop yeh yeh 60-an, S. Mariam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca