BEBERAPA hari bergelar pengantin baru pelakon cantik Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa teruja dengan posisi baharu sebagai isteri.

Terpancar kebahagiaan, aktres kelahiran Singapura itu berkongsi momen-momen indah hari perkahwinannya bersama suami, Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh.

Menerusi hantaran di Instagram, Atikah memuat naik foto sekitar majlis pernikahannya yang berlangsung baru-baru ini.

 

“Macam tidak percaya, ingatkan mimpi,” titipnya pada foto yang memaparkan beliau dan suami.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain, pelakon berusia 32 tahun itu memuji suaminya yang kelihatan segak berbaju Melayu.

“You’re so handsome,” titip Atikah.

Pelakon filem Lagenda Budak Hostel dan Pencuri Hati Mr Cinderella itu turut berkongsi momen manis suami dan bapanya, Suhaime Jamali usai melafazkan ijab dan kabul.

Baca juga: Atikah Suhaime selamat bergelar isteri ahli perniagaan, terima mas kahwin RM300

Baca juga: Akad nikah bahasa Jepun, mas kahwin dalam yen, pengantin baru jadi perhatian warga maya

Baca juga: Lafaz akad nikah ‘aku terima’ sahaja sah, ini perincian Dr Zulkifli

Success! Alhamdullilah, Pak Suhaime sebut lancar, Lokman sekali lafaz. Tak tau berapa kali mereka rehearsal,” ujarnya.

Menggayakan busana serba putih rekaan Seth and Luna, Atikah tampil berseri-seri pada majlis yang berlangsung di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur itu.

Warga maya tidak henti memuji keanggunan Atikah dan menitipkan doa agar perkahwinan beliau dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.

– “Simple sahaja mekap tapi berseri-seri.”

– “I love how simple it is, and Atikah looks beautiful. Congrats semoga hingga ke jannah, aamiin.”

– “The real bahagia bersama orang yang tepat.”

Iklan

– “Lawa betul bajunya, naik seri pengantin.”

– “Simple yet elegant and beautiful.”

– “Congratulations dear! Semoga bahagia till jannah.”

Dalam majlis yang berlangsung 21 Januari lalu, Atikah dan suami menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Beliau turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Iklan

Hubungan cinta Atikah dengan Lokman sudah diketahui umum apabila mereka terbuka berkongsi  keakraban di laman sosial.

Pasangan tersebut kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!