DENGAN sekali lafaz, pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh pada pukul 8:55 malam tadi.

Atikah, 33, dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

Beliau turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Majlis pernikahan bertemakan Sakura itu diadakan di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur secara tertutup.

Baca juga: ‘Done kahwin lagi sekali.’ Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Ia hanya dihadiri keluarga serta teman rapatnya.

Majlis pasangan ini turut disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok Zaitun Industry.

 

Sebelum itu, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu diraikan dalam satu majlis berinai bertemakan ‘Morocco’. Majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel di ibu kota dengan dihadiri seramai 100 ahli keluarganya dari Singapura.

baca juga: ‘Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin, meh saya yang melamar’, Elyana kongsi detik lamar suami

Iklan

Terdahulu, hubungan cinta pelakon kelahiran Singapura itu dengan Lokman sudah diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak perkenalan pada tahun 2019.

Pasangan tersebut kemudiannya mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Baca juga: Bunga Cinta Lestari bakal berkahwin kali kedua. Pilih duda anak 3, Tiko sebagai suami baharu

Iklan

Beliau yang juga seorang model sebelum ini pernah memberitahu media bahawa ahli perniagaan berusia 35 tahun tersebut seorang yang bertanggungjawab dan membuatkannya rasa tenang.

Malah, Lokman juga dilihat sebagai individu yang stabil dari pelbagai sudut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!