JANGAN ambil ringan tentang pemeriksaan kesihatan, sekurang-kurangnya lakukan enam bulan sekali.

Itulah nasihat Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar selepas jatuh pengsan secara tiba-tiba ketika menunaikan solat subuh akibat vertigo pada Jumaat.

“Abe Jo bangun pagi, masa nak ambil wuduk dan rasa macam pening-pening, Saya ingat mamai ke jadi teruskanlah solat, tengah berdiri rasa rumah ini berpusing.

“Tak cakap banyak… tersembam muka atas sejadah terus tak sedar apa. Dengar lah Faz (isteri) jerit-jerit dan menangis.

“Yela suami dia pengsan depan mata kan, telefon jiran, telefon dan ambulans. Masuk hospital selama tiga hari. Itu yang berlaku dekat Abe Jo,” katanya menerusi satu hantaran video Instagram.

Baca juga:Strok dalam kalangan pesakit muda. Teknologi robotik bantu pesakit meningkatkan fungsi dengan lebih baik

Baca juga:Doakan saya; Syatilla Melvin alami slipped disc, 3 hari tak boleh pusing leher ingatkan sakit urat biasa, rupanya;

Menurut pelakon Drama Hati Tercarik Luka itu, pada hari kejadian sepatutnya hari pertama beliau bersiaran dalam Nasi Lemak Kopi O.

“Tapi tak muncul-muncul rupa-rupanya dekat hospital. Ini kira baru keluar semalam,” ujarnya.

Baca juga:Hanya ingat mati. Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang bertaruh nyawa lawan arus deras, berikut kronologi kejadian

Mengulas lanjut, katanya, ia merupakan peristiwa ‘menakutkan’ kerana berfikir diri berkemungkinan menghidap penyakit serius seperti sakit jantung dan strok.

“Abe Jo macam separa sedar, jadi sampai hospital terus buat MRI scan. Bila buat pemeriksaan, rupanya doktor cakap kena vertigo.

Iklan

“Tak tahu apa benda dan ini pertama kali dengar penyakit vertigo. Rupanya penyakit ini berkaitan keseimbangan badan melibatkan bahagian telinga,” katanya.

Tambah bapa kepada tiga orang cahaya mata itu, meskipun penyakit itu tidak berbahaya tetapi risiko kepada kematian tetap tinggi.

“Contoh, kita pengsan ketika membawa kenderaan, dalam tandas, tengah dukung anak, atau mengendalikan mesin.

“Apapun, moral of the story, jika sakit tak kisah la kau doktor ke ramai staf ke bodyguard ke apa-apa hal jiran dulu. Tak sampai lima minit semua sampai membantu terharu sangat. Terima kasih jiran yang uruskan,” katanya.

Iklan

Info vertigo

Vertigo ialah seseorang berhadapan dengan situasi merasa persekitaran atau diri sendiri berputar sedangkan ketika itu tidak bergerak dan diri seolah-olah sedang berpusing.

Simptom vertigo seperti loya, muntah, sakit kepala, rasa tidak stabil ketika berjalan. Lebih teruk mereka yang ‘terkena’ merasakan kepala digerak atau dipusingkan dan jalan tidak seimbang.

Terdapat dua kategori masalah vertigo iaitu:
1. Vertigo periferi
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
– Perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga tidak berfungsi secara normal.
– Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.
– Keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah itu.
– Penumbuhan tulang yang tidak normal dalam telinga.
2. Vertigo berpusat
Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.
Punca disebabkan:
– Angin ahmar
– Tumor pada bahagian cerebellum
– Migrain
– Multiple sclerosis