SUAMI mana yang tidak sayangkan isteri bukan? Sebagai seorang suami tentu segala perihal isteri perlu diambil tahu termasuk soal keselamatan. Namun apabila isteri ditimpa kecelakaan, suami mana yang tidak senang duduk dan susah hati.

Situasi inilah yang berlaku kepada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz. Beliau berdepan detik cemas apabila isterinya, Datin Diyana Halik memaklumkan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Baca juga: ‘Korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan.’- Tumor makin membesar, Aaron Aziz tangguh pembedahan

KELUARGA AARON AZIZ
Keluarga Aaron Aziz.

Menerusi hantaran di Instagram, Aaron memaklumkan sebaik mengetahui tentang kemalangan, beliau segera meminta isterinya melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan meskipun tidak mengalami kecederaan.

Menurut Aaron, kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang dipandu isterinya itu telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan. Aaron turut memaklumkan bahawa isterinya dalam keadaan baik namun mengalami kesakitan dari bahagian leher hingga ke bahagian pinggang akibat kemalangan itu.

“Subhanallah, bangun dari tidur dapat mesej daripada isteri, dia terlibat dengan kemalangan. Kereta dilanggar dari belakang. Rasa macam jantung hendak jatuh. Saya minta isteri terus ke hospital kerana dia sakit belakang dari bahagian leher ke pinggang.

“Alhamdulillah keputusan ujian ujian X-ray juga baik dan tiada apa-apa kecederaan. Bagaimanapun doktor minta keadaan isteri dipantau dan rehat untuk tempoh 48 jam,” kongsi Aaron.

Aaron juga menasihatkan isterinya untuk banyak berehat. Kata Aaron isterinya memang jenis individu yang tidak boleh duduk diam.

Jika tidak bekerja, akan ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan Diyana. Beliau berharap kali ini isterinya boleh berehat.

Baca juga: Sakit bukan penghalang, Aaron Aziz tetap komited dengan kerja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan agar isteri kepada Aaron, Diyana Halik sembuh seperti sedia kala. Berikut antara komen-komen warga maya. Ujar mereka”

– “Semoga Diyana di rahmati ALLAH segera sembuh dan sihat walafiat. Di permudahkan segala urusan berjalan dengan sempurna lancar dan selamat.”

– “Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan diberi kesembuhan buat isteri tuan.”

– “Masya-ALLAH, berehatlah dengan baik, Diyana.”

– “Semoga diberi kesembuhan dengan segera buat isteri Aaron.”

– “Semoga Datin baik-baik sahaja.”

– “Semoga Diyana cepat sembuh, diberi kesihatan yang baik.”

– “Semoga dikurniakan kesembuhan sedia kala.”

– “Semoga segera pulih dan dilindungi-NYA.”

Selain warga maya, rakan-rakan artis juga turut mendoakan agar isteri kesayangan Aaron segera sembuh. Antara yang memberi komen ialah Alif Satar, Dazrin, Daphne Iking dan Nadiya Nisaa.

Baca juga: Aaron Aziz masih ‘bagi muka’ setelah difitnah!

Sumber: Aaron Aziz

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi