PERNAH mengumumkan untuk bersara dari industri nyanyian apabila berusia 40 tahun, dua tahun lalu, namun kemunculan komposer dan rapper terkenal, Altimet dengan lagu baharu nyata memberi kekeliruan kepada peminatnya.

Seorang pelayar di Twitter turut bertanya mengenai perkara itu menerusi Twitternya setelah promo lagu terbaharu Altimet bersama Mimifly iaitu Hujan kini mula dihebahkan menerusi media sosial dan media massa.

“Altimet tak jadi bersara ke apa mat?” soal individu yang menggunakan nama Mohd Nizar Nasir itu.

aLTIMETTidak melatah dengan pertanyaan itu, Altimet menjelaskan semuanya sudah dirancang lebih awal.

“Stock lagu banyak, bro. 10 tahun menulis dan merakam, sampai bini (isteri) kena paksa pergi cuti. Ilham menulis ni rezeki, jadi bila lebih kita simpan untuk hari kemudian.

“Semua dah aku rancang. Tanggapan orang kita, penghibur ini tak ada perancangan. I’m cut from a diff cloth, der,” tulisnya.

Iklan

Jawapan Altimet itu menerima reaksi positif daripada peminat yang masih mahukan beliau terus berkarya.

Iklan
KOMEN PEMINAT
Komen membina daripada peminat yang mahukan Altimet terus berkarya.

 

https://www.instagram.com/p/CGSPklejQb-/?utm_source=ig_web_copy_link