AKIBAT penularan Covid-19, golongan bawahan dan berpendapatan rendah seperti peniaga kecil, pelajar dan graduan akan menerima kesan ekonomi yang tidak menentu.

Ini antara kumpulan masyarakat yang paling terkesan dan apa sahaja isu-isu atau program yang ditayangkan oleh media pasti mendapat perhatian jika ia dianggap ‘tidak kena’ dengan situasi.

Contohnya, program realiti The House musim terbaharu yang mendapat kecaman hebat warganet.

Mereka mendakwa program tersebut seperti tidak sensitif dengan situasi semasa.

Menerusi program yang diterbitkan oleh Astro itu menampilkan kisah ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra.

‘The House’ guris hati golongan B40, dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa

Seperti ramai sedia maklum, Ezurin Khyra cukup dikenali dengan gaya hidup glamor dan sering mengembara ke seluruh dunia.

Pada episod baru The House kali ini Ezurin Khyra bersama ahli keluarganya akan menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan ‘sederhana’.

Ternyata rancangan tersebut tidak disenangi oleh pelbagai pihak tambahan pula ketika ini hampir semua rakyat marhaen mengalami kesukaran hidup.

‘The House’ guris hati golongan B40, dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa

Malah, ada juga antara mereka yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan utama sehingga ada juga yang hilang tempat tinggal serta sukar untuk mencari makan.

Iklan

Disebabkan itu, ada yang berpendapat rancangan realiti yang ditayangkan ini seperti tidak sensitif dengan keadaan semasa dan mengguris hati penonton.

Komen warganet mengenai program ini di Twitter adalah seperti berikut;

‘The House’ guris hati golongan B40, dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa ‘The House’ guris hati golongan B40, dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa ‘The House’ guris hati golongan B40, dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa

Iklan

Namun, itu hanya pandangan orang ramai dan ia terjadi mungkin secara kebetulan dan anggaplah ia hanya program sekadar hiburan semata-mata. Pendapat korang pula bagaimana?

Sebelum ini, program realiti The House telah menampilkan selebriti seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Rozita Che Wan sebagai tetamu.