The Incident, papar realiti hidup kesan pandemik

A
A
A

PANDEMIK Covid-19 ternyata telah mengubah realiti kehidupan masyarakat hari ini. Bukan sahaja dari sudut kesihatan dan ekonomi, tetapi turut memberi impak kepada sosial setempat.

Mengambil inspirasi daripada kisah benar, vivo Malaysia menampilkan sebuah filem pendek, The Insident yang boleh ditontonmenerusi saluran YouTube dan laman Facebook rasmi vivo Malaysia.

Filem arahan Chong Keat Aun itu memaparkan sebuah kisah menyentuh perasaan mengenai seorang ibumembesarkan anak lelakinya yang masih kecil sendirian setelah kematian suami ketika pandemik.

Sebuah karya yang mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mendepani waktu mencabar, selain menyuntik sinar harapan meskipun berada dalam keadaan tidak menentu.

Menurut Chong Keat Aun yang juga pemenang anugerah Golden Horse Award untuk Pengarah Baru Terbaik, The Incident merupakan sebuah kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia.

Saya terharu apabila melihat rakyat Malaysia saling membantu dalam mengharungi keadaan norma baharu ketika pandemik.

Dalam pada kita belajar menyesuaikan diri menghadapinya dengan bantuan kekuatan daripada orang disekeliling, kita juga menantikan kehadiran hari baharu yang membawa bersama sinar harapan baharu.

“Jadi semangat inilah yang ditonjolkan dan menjadi sumber inspirasi bagi filem ini di mana dan kami ingin menghasilkan sebuah kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia pada masa sekarang,” katanya.

Menariknya, filem yang menampilkan barisan pelakon seperti Pauline Tan, Phua Chandler dan Adibah Noor itu dihasilkan menggunakan peranti fotografi profesional terbaharu iaitu vivo X60 Pro.

Vivo siri X60 dilancarkan pada 22 Mac 2021 dan mempunyai pelbagai ciri mengagumkan yang dapat dilihat sepanjang filem ini.

Baik daripada rakaman stabil, mahupun babak pada waktu malam, vivo X60 Pro tampil terbaik dalam menghasilkan rakaman jelas dan menjadi kualiti utama dalam menghidupkan The Incident.

Tidak hanya itu, The Incident turut diserikan dengan lagu runut bunyi ciptaan Yise Loo, Cahaya Harapan,yang turut dinyanyikan sendiri bersama Firdhaus Farmizi.

Filem itu juga membuka tirai kempen Visual Creator vivo, yang mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan diri dan menjadi pencipta visual dengan mencungkil kreativiti serta bakat mencipta semulajadi dalam diri mereka.

Dalam fasa kedua kempen Visual Creator yang bermula pada awal April, vivo bekerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest)menganjurkan pertandingan filem pendek berdurasi lima minit bertemakan Joy of Humanity.

 

(FOTO: Vivo Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca