SAYA tak pernah berkahwin, kalau boleh tiada istilah nombor satu atau dua kerana tidak rela bermadu.”

Demikian kata pelakon dan pengacara Riena Diana ketika ditanya tindakan dirinya sekiranya suami ‘disondol’ wanita lain.

Beliau berkata, meskipun belum mendirikan rumah tangga tetapi pengalaman bercinta selama tiga tahun sewaktu tamat persekolahan menengah, banyak mengajar erti perhubungan dan juga jodoh.

“Apabila disondol, saya menjadi marah, menangis tetapi akhirnya saya sedar ini jodoh.

“Malah, ternyata saya menjaga jodoh orang dan dia pun dah berkahwin dengan wanita itu. Kita reda dan terima kenyataan bahawa jika bukan untuk kita maka takkan menjadi,” katanya.

Baca juga:‘Kami tak tunggu bulan madu.’ Ungku Ismail, Nad Zainal rupanya bunting pelamin, sebulan nikah terus hamil 6 minggu

Bagaimanapun, Riena menegaskan dirinya tidak rela bermadu namun jika sudah ditakdirkan, dirinya akan mencuba untuk reda dan terima dengan hati terbuka.

“Jika ada jodoh kita lagi dengan suami, kita lalui bersama tetapi terjadi sebaliknya jalan penyelesaian adalah berpisah.

“Kita kalau boleh tak nak pertama dan kedua sebab belum kahwin lagi kan, dan saya meminta kalian mendoakan yang terbaik untuk diri ini,” ujarnya.

Baca juga:Aisyah Hijanah dimadu ketika hamil 5 bulan, anggap suami pinjaman ALLAH, ujian terhadap doa syurga tanpa hisab

Iklan

Dalam pada itu, gadis berusia 27 tahun tersebut turut mendedahkan masih lagi bujang dan sedang mencari calon yang sesuai.

“Dengan usia sekarang memang berhasrat untuk berkahwin jika ada yang hadir memang kita rancang hubungan ke jinjang pelamin.

“Saya juga tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan rakan artis sebab memahami sesiapa yang terlibat dalam industri ini memang sibuk,” ujarnya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!