BERSEDIA memulakan keluarga sejak awal pernikahan, pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal rupanya dikurniakan ‘bunting pelamin’ untuk anak pertama mereka.

Selamat menimang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober lalu, Ungku Ismail mendedahkan kisah awal kehamilan Nad selepas mereka bernikah Januari 2023.

Menerusi Insta Stories, pelakon Teman Lelaki Upahan dan Tari Tirana itu memberi komen tentang satu pasangan yang turut mengalami situasi yang sama.

“Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa pertama kali test kehamilan Nad pada awal bulan Februari, pada lusa pergi buat pemeriksaan sebab garisan semakin tebal.

“Pemeriksaan pertama tak ada apa cuma rahim mengembang. Pemeriksaan kedua dah nampak ada bulat hitam,” titipnya.

Ungku Ismail mengakui terkejut apabila mengetahui usia kandungan Nad sudah pun mencecah enam minggu pada ketika itu sedangkan mereka baru mendirikan rumah tangga pada Januari.

“Doktor kata tahniah, dah enam minggu. Terkejut aku, enam minggu apanya. Nikah baru sebulan lepas.

“Ya, kita kira ikut kitaran haid yang terakhir. Makanya bukan tarikh nikah.

“Rezeki ALLAH SWT bagi. Tak sangka sebab Nad masa tu masih dalam kimoterapi dan heavy steroid medication,” kongsinya.

Baca juga: Tak dapat anak terus poligami, Dr Say sekolahkan lelaki fikiran kolot. ‘60% lelaki Malaysia tidak subur’

Baca juga: Lelaki tak subur 2 kali ganda berisiko hidap kanser payudara. Komplikasi dialami lebih teruk berbanding wanita

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

Berada dalam situasi yang sama, Ungku sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu tersebut dan mendoakan segala urusan dipermudahkan.

“Doa saya juga kepada yang struggle menanti (cahaya mata), yang terbaik datang kepada mereka banyak bersabar.

“Teruskan beramal dan berdoa. ALLAH Maha Pemurah,” coretnya.

Nad Zainal hanya mengesahkan dirinya hamil kepada media selepas memasuki trimester ketiga kehamilan.

Nad, 33 dan Ungku Ismail, 37, mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 selepas mendedahkan hubungan cinta kepada umum pada 17 Januari.

Aktres itu memiliki dua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 daripada perkahwinan yang terdahulu.

Kepada pasangan yang ingin hamil sejurus selepas bernikah atau bunting pelamin, lakukan perkara ini ya:

1-Ketika merancang kehamilan, sangat penting untuk memastikan anda mendapatkan air secukupnya – antara lapan hingga 10 gelas sehari. Ini membantu buah pinggang untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh dan meningkatkan cecair serviks lebih berkualiti dan subur.

Iklan

2-Cuba dapatkan berat badan unggul dengan BMI (body mass index) 19 hingga 24. Berat badan berlebihan boleh mengurangkan tahap kesuburan.

3-Suami dan isteri perlu menghindari alkohol.

4-Kafein dianggap menyekat pertumbuhan bayi yang sedang berkembang dengan menyempitkan saluran darah dan mengurangkan aliran ke rahim. Hadkan pengambilan kafein hingga di bawah 300mg sehari bersamaan empat cawan kopi segera, tiga cawan kopi segar atau enam cawan teh.

Baca juga: Wanita tertekan, seminggu kahwin mentua sudah minta buat ujian kehamilan

Baca juga: Darah tinggi ketika kehamilan boleh menyebabkan sawan, ini pentingnya ubat cair darah

5-Bakal ibu dan bapa perlu mengelakkan merokok kerana perokok mempunyai peluang untuk hamil 40 peratus lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

6-Kurangkan stres dan amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.

Iklan

7-Lakukan hubungan intim kerap, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

8-Ambil suplemen asid folik tiga bulan sebelum hamil untuk membantu meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

9-Amalkan pemakanan seimbang semasa mencuba untuk hamil sebagai persediaan sebelum mengandung bagi membantu konsepsi dan kehamilan.

Sumber: IG Ungku Ismail, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!