Tiada lagi 'Mak Cik Petir', Noryati Taib meninggal dunia

A
A
A

PELAKON veteran, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Cik Petir telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi Rabu.

Berita sedih itu disampaikan sendiri oleh anak saudaranya yang juga pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat menerusi akaun Instagramnya.

“Dukacita saya nak beritahu semua mak saudara saya, Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.

“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar rohnya dirahmati Allah, dihimpunkan di kalangan mereka yang solehin.

“Sudi apalah kira dapat hadiahkan Al-fatihah untuk Noryati Taib. Semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” ujarnya.

Noryati, 63, yang mula dikenali menerusi drama bersiri Dotty sebagai Mak Cik Petir pernah membintangi beberapa buah drama lain seperti Syurgamu Ramadan, Sindarela, Tari Tirana dan banyak lagi.

Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham juga pernah menjalani pembedahan untuk memotong sebelah kakinya akibat komplikasi diabetes.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca