SAINGAN separuh akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan ketujuh-tujuh bintang layak ke minggu final pada 13 Disember ini.

Menerusi konsert kesembilan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, Cliff Umar yang mendapat markah terendah iaitu 55 peratus (%) diumumkan layak untuk bertanding di minggu akhir oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sementara itu, Oja mendapat markah tertinggi dengan 69.90% secara automatic menerima Anugerah Bintang Paling Power Miow dan menerima produk tajaan Adabi bernilai RM2,000. Ini merupakan kemenangan kedua Oja selepas memenangi tempat pertama pada minggu ketujuh.

Muss mendapat markah 68.50% dan diikuti Linda (68.30%), Ashira (65.40%), Ayu Damit (65.30%) dan Noraniza Idris (55.10%).

Persembahan kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay selaku juri jemputan.

Dalam pada itu, pada konsert yang mengangkat tema Outstation itu, Muss diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi, manakala Anugerah Cuckoo Healthy Home pula menjadi milik Linda.

Juara GV7 bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000; naib juara akan membawa pulang RM50,000, manakala tempat ketiga RM30,000.

GV7 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 11 Oktober lalu.

Berikut adalah senarai lagu final :

Oja – Jujur & Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Duet bersama Siti Nordiana)

Muss – Mentari Merah Di Ufuk Timur & Mencintamu (Duet bersama Azharina)

Iklan

Linda Nanuwil – One Moment In Time & Terlanjur Cinta (Duet bersama Hardy Mirza)

Ashira – Wajah Kekasih & Beribu Sesalan (Duet bersama Ayai)

Ayu Damit – Bukan Dia Tapi Aku & Memori Tercipta (Duet bersama Naqiu)

Noraniza Idris – Hutang & Empat Dara (Duet bersama Aishah)

Iklan

Cliff Umar – Nakal & Meat Loaf – I’d Do Anything For Love (But I Won’t Do That) (Duet bersama Noryn Aziz)

 

(KREDIT FOTO : AZRUL ZAIDI / ASTRO)