Tidak kira apa alasan diberikan, Penganjur ABP33 kesal tindakan Shaheizy Sam

Shaheizy Sam - SinarPlus
Shaheizy Sam - SinarPlus
A
A
A

PENGANJUR Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33), kesal dengan penampilan Shaheizy Sam yang menggantung rokok elektronik atau vape ketika naik ke pentas bagi mengumumkan pemenang anugerah pada malam kemuncak acara itu pada Jumaat.

Menurut pihak penganjur dalam satu kenyataan media, semua artis telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian. Bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABP, malah kepada semua penyampai anugerah.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekaligus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am.

“Tidak kira apa alasan yang telah diberikan, Shaheizy Sam dan sebagai seorang artis berpengalaman, sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.

“Pihak penganjur telah berkerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Malangnya insiden ini telah mencalarkan kredibiliti ABP33. Perkara ini adalah amat dikesali pihak penganjur ABP33,” ujarnya.

Terdahulu sebelum itu, pelakon Shaheizy Sam telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

Menurut Sam, insiden itu berlaku atas kecuaiannya sendiri kerana terlalu gementar sebelum naik ke pentas sehingga terlupa menggantungkan vape di lehernya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca