Tidak tahu pistol berisi peluru sebenar, Alec Baldwin berdukacita pemergian Hutchins

A
A
A

“TIADA perkataan yang dapat saya ungkapkan. Saya sangat terkejut dan berdukacita terhadap tragedi yang telah mengambil nyawa Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekejra yang amat dikagumi,” begitulah luahan yang dibuat Alec Baldwin beberapa jam selepas tragedi yang berlaku di set penggambaran Rust.

Baldwin sebelum itu telah tertembak pengarah fotografi berusia 42 tahun itu di dada dan turut mencederakan pengarah, Joel Souza, 42, yang berada dibelakang Hutchins menggunakan pistol ‘prop’ ketika penggambaran filem Rust di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada Khamis.

Baldwin begitu kecewa dengan tragedi menimpa dua rakannya dan gambar ini dirakam tidak lama selepas insiden tersebut.

Hutchins dikejarkan ke Hospital Universiti New Mexico sebelum disahkan meninggal dunia, manakala Souza yang mengalami kecederaan pada bahagian bahu menerima rawatan di Hospital Christus St Vincent.

Tambah Baldwin, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan sokongan kepada keluarga Hutchins.

“Saya akan memberi kerjasama terbaik kepada pihak polis demi memastikan siasatan terhadap kes ini. Saya sangat tersentuh dengan suaminya dan hanya mampu memberikan semangat kepadanya dan keluarga.

“Hati saya sangat terluka mengenangkan suami, anak dan semua yang mengenali Hutchins,” ujarnya menerusi beberapa tweet di akaun Twitter miliknya.

Dari kiri : Joel Souza, Alec Baldwin dan Helyna Hutchins.

Sementara itu, Reuters melaporkan dalam rakaman percakapan Baldwin bersama pihak polis, aktor itu menegaskan dia tidak mengetahui pistol itu mengandungi peluru sebenar selepas diberikan oleh seorang penolong pengarah.

Bahkan individu tersebut memaklumkan pistol itu selamat digunakan sebelum Baldwin melepaskan tembakan ketika sesi latihan bersama Hutchins di Ladang Bonanza Creek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca