BERMULA 12 Mac ini, Awesome TV membawakan tiga filem menarik yang akan menghiburkan hujung minggu anda.

Filem-filem ini menjanjikan jalan cerita sangat menarik yang penuh dengan pengajaran, kegembiraan dan air mata.

Bermula dengan Phir Bhi Dil Hai Hindustani pada 12 Mac, jam 9.30 malam, saksikan pula filem animasi Shrek pada 13 Mac, jam 10 malam dan filem Bollywood yang masih menyentuh hati penonton, Kabhi Kushi Kabhie Gham pada 14 Mac, jam 9 malam.

Phir Bhi Dil Hai Hindustani adalah filem komedi Hindi yang ditayangkan pada tahun 2000 oleh Dreamz Unlimited. Filem arahan Aziz Mirza ini dibintangi oleh pelakon yang sangat diminati iaitu  Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.

Ajay Bakshi (Shah Rukh Khan) dan Ria Banerjee (Juhi Chawla) adalah dua orang wartawan televisyen untuk saluran berita di syarikat yang berbeza dan juga sering mendapat perhatian oleh masyarakat.

Gandingan SRK dan Juhi Chawla dalam Phir Bhi Dil Hai Hindustani 

Mereka berdua berusaha untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang telah dituduh oleh seorang ahli politik atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya padahal dia ingin menuntut keadilan demi anak perempuannya.

Filem Shrek adalah filem arahan Andrew dan Vicky Jenson yang telah dikeluarkan pada 2001. Ia merupakan filem animasi komedi Amerika yang dibintangi oleh Mike Myers, Eddie Murphy, Cameron Diaz, dan John Lithgow. Filem terbitan Dreamwork Animation ini adalah berdasarkan buku dongeng 1990 William Steig, Shrek!

Pertemuan Shrek dan Donkey telah menjadikan mereka rakan  baik sehingga Donkey ingin mengikuti Shrek untuk pulang ke paya. Malangnya Shrek mendapati payanya telah didatangi oleh banyak makhluk dongeng.

Iklan

Shrek dan Donkey pergi ke istana untuk menuntut paya tetapi telah diberi syarat supaya menyelamatkan Puteri Fiona dan membawanya kembali kepada Farquaad.

Shrek dan Donkey punya misi penting untuk menyelamatkan Puteri Fiona.

Sekiranya Shrek berjaya, Shrek akan mendapat payanya kembali. Shrek telah bersetuju. Maka dengan itu, bermulalah perjalanan Shrek dan Donkey untuk menyelamatkan Puteri Fiona.

Setelah pelbagai rintangan yang dihadapinya, Shrek akhirnya berjaya menemui Puteri Fiona. Namun sesuatu telah berlaku sehingga membuatkan Farquaad tidak mahu dengan Puteri Fiona lagi.

Iklan
Kisah kekeluargaan yang pasti menyentuh perasaan anda.

Di slot Ohsem Tele di Awesome TV pula, filem kegemaran semua peminat Hindustan iaitu Kabhi Kushi Kabhie Gham akan membawa penonton mengikuti kehidupan keluarga bahagia yang akhirnya berantakan kerana keegoan.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.