Tiga karya Yasmin Ahmad di Netflix 18 Disember ini     

Untitled design (64)
Untitled design (64)
A
A
A

SALURAN streaming, Netflix bakal menayangkan semula tiga filem sentuhan pengarah Yasmin Ahmad menerusi Rabun, Mukhsin dan Talentime pada 18 Disember ini.

Tayangan filem itu adalah sebahagian daripada usaha mengenan pengarah yang banyak memberi sentuhan magis menerusi penghasilan filem mahupun iklan terutamanya Petronas.

Filem Rabun adalah sebuah kisah yang diinspirasikan daripada kehidupan ibu bapanya sendiri apabila bapanya hampir buta akibat masalah diabetis.

Rabun dibintangi Allahyarham M. Rajoli bersama Kartina Aziz dan turut dibantu pelakon lain seperti Ho Yu-hang (Elvis), Norkhiriah (Orked) and Rozie Rashid (Cik Nor).

Seterusnya ikuti filem Mukhsin membawa kisah dari sebuah tempat di Sekinchan pada tahun 1993. Mengisahkan budak 10 tahun bernama Orked yang dijayakan Sharifah Aryana, telah jatuh cinta pandang pertama terhadap Mukhsin (Syafie Naswip).

Manakala filem Talentime bakal menyaksikan penglibatan pelakon berbakat baharu yang membawakan watak penting seperti Pamela Chong (Melur), Mahesh Jugal Kishor (Mahesh) dan turut dibantu Syafie Naswip (Hafiz), Howard Hon Kahoe (Kahoe), Allahyarham Azean Irdawaty (Embun), Adibah Noor (Cikgu Adibah) dan Harith Iskander (Harith).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca