Timang anak lelaki, Ali Puteh pilih nama arwah Abam

A
A
A

PELAWAK Ali Puteh berkongsi berita gembira apabila isteri, Melati Fitri Abdullah, 30, selamat melahirkan anak ketiga mereka awal pagi tadi.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bayi lelaki seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.42 pagi di sebuah hospital bersalin swasta di Ampang.

“Alhamdulillah, Melati selamat lahirkan bayi ketiga kami. Bayi dilahirkan secara normal dan berada dalam keadaan sihat bersama ibunya.

“Saya bersyukur urusan dipermudahkan dan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan Melati dan anak,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Ali lagi dia dan isteri sudah memiliki nama buat putera mereka itu dan memilih untuk menamakannya sebagai Syed Umar Iskandar.

"Memang dari awal saya nak nama arwah Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap arwah tidak pernah pudar.

"Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak...Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar.

"Pastinya arwah orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada...Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja arwah saat ini," katanya sebak.

KELUARGA ALI PUTEH

Ali dan Melati Fitri Abdullah mendirikan rumah tangga pada Mei 2016. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Sumber : Astro Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca