PENGACARA Dayah Bakar kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang juga seorang bayi lelaki pada petang Isnin.

Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 31, bersalin menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, dengan ditemani ibu dan keluarga.

Difahamkan suami Dayah, Muhammad Hanif Hamidi yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.

“Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi tadi.

“Both mommy and baby doing fine, Alhamdulillah,” tulis Dayah di laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian sama, pengacara Borak Kopitiam itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi yang baru sahaja dilahirkan.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little baby is already out.

Iklan

“Macam mimpi. Indescribable feeling masha-ALLAH. Syukur Alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.

Dayah dan Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Dayah Bakar)