Timang bayi perempuan, Ruzana Ibrahim kini bergelar ibu
PELAKON Ruzana Ibrahim kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama yang juga merupakan seorang bayi perempuan, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Berita gembira tersebut dikongsi sahabat baiknya, bekas penyampai radio Era dan IM4U FM, Ira Mohd Amin menerusi laman instagramnya pada Jumaat.
“Sure or not baru lepas deliver baby ni, momma Ruzana Ibrahim? Cantik betul. Alhamdulillah baby girl is soo so perfect!
“Congratulations my bestfriends Ruzana & @fadhilhui. Welcome to the new parents club! Sleepin’ aint easy anymore,” tulisnya beserta muat naik foto bersama Ruzana.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis yang tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah dan doa yang terbaik buat ibu dan anak.
Bagaimanapun buat masa ini bintang Gerak Khas Undercover itu dilihat masih belum berkongsi tentang berita tersebut.
Ruzana dan suami, M Fadhil Zakaria mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2018.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang