Tok Ram terima menantu, Datin Alyah kongsi kegembiraan

Ramli MS & Datin Alyah
Ramli MS & Datin Alyah
A
A
A

MAESTRO ternama, Datuk Ramli MS selamat menerima menantu apabila anak perempuannya, Nadiah melangsungkan pernikahan bersama lelaki pilihan, Taufik Nazri, pada Ahad.

Ramli atau lebih dikenai sebagai Tok Ram menyempurnakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menikahkan sendiri pasangan pengantin dalam majlis ijab kabul yang berlangsung secara ringkas mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP).

Berita gembira tersebut dikongsi isteri Tok Ram, Datin Alyah menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto istimewa majlis itu.

“Tahniah Nadiah dan Taufik. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga ALLAH SWT,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Alyah turut menyatakan keterujaannya dapat turut sama melakukan persiapan untuk majlis pernikahan anak tirinya itu bersama Jennifer Thompson yang juga ibu kepada Nadiah.

“TQ so much Jennifer. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan yang ringkas, tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah.

“Buat Najee, tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula.

“Terima kasih Tok Ram untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Terima kasih ALLAH,” luah Alyah.

Nadiah merupakan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu Tom Ram bersama bekas isteri, Jennifer Thompson, selain seorang lagi anak lelaki, Najee.

 

(FOTO: Instagram Datin Alyah)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca