SELEPAS dimasukkan ke hospital Isnin lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru, gadis obesiti, Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali dengan nama Wani Comel memaklumkan dia disahkan menghadapi masalah jantung bengkak.

Menurut Wani, dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan susulan.

“Selepas didiagnos menghadapi jangkitan kuman di paru-paru, pasukan perubatan di Hospital Putrajaya sekali lagi melakukan pemeriksaan lanjut. Hasilnya didapati saya menghadapi komplikasi jantung bengkak.

“Justeru saya diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya. Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.

“Tolong doakan saya. Terima kasih semua yang telah mendoakan saya dan bersama saya dengan kata-kata semangat. Saya amat hargainya dunia akhirat. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Jumaat lalu, Wani yang sebelum ini menghadapi berat badan hampir 300 kilogram (kg), meluahkan rasa terkilan apabila banyak janji yang ditabur oleh usahawan kosmetik terkenal gagal dipatuhi.

Iklan

Wani yang sebelum ini turut menghadapi masalah sukar berjalan, pernah menjalani pembedahan bariatrik yang ditaja sepenuhnya oleh usahawan terbabit.