“Tolong jangan buat cerita yang bukan bukan” - Zeera Aziz tampil buat penjelasan

ZEERA AZIZI
ZEERA AZIZI
A
A
A

TIDAK mahu netizen terus membuat spekulasi, pelakon dan juga bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Zeera Azizi tampil membuat penjelasan berhubung isu tiket percuma yang diterimanya daripada vokalis Noah, Ariel ketika menghadiri konsert band popular dari Indonesia itu pada Sabtu lalu.

Pemilik nama sebenar Nurazeera Azizi, 26, mengakui kecewa dengan pelbagai andaian tidak masuk akal yang dilemparkan terhadap dirinya tanpa mengetahui hala sebenar.

Menurutnya lagi, tiket tersebut bukan diterima secara tiba-tiba daripada Ariel, sebaliknya bermula dengan usahanya yang mencuba nasib dengan berhubung dengan penyanyi tersebut menerusi direct message (DM) di Instagram.

“Hi semua, saya cuma nak perjelaskan beberapa perkara. Since banyak media post pasal tiket konsert NOAH yang saya post dekat my tiktok account tu, biar saya bagitahu perkara sebenar supaya tiada unsur-unsur memutar belitkan fakta dan hal-hal yang tak masuk akal.

“Pertama sekali bukan Ariel Noah yang offer saya tiket tu, tapi saya sendiri yang menghantar DM kepadanya secara peribadi sehari sebelum konsert kerana pada saat-saat akhir saya cari tiket dan habis terjual.

“Sebelum ini dia juga pernah respon pada salah satu video cover lagu Menghapus Jejakmu. Jadi hanya cuba nasib untuk DM dan tanya dia tentang tiket konsert,” jelasnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu terkejut apabila ada pihak memanipulasikan keadaan sehingga menimbulkan salah faham ramai.

“Mungkin dah rezeki, dia dapatkan saya tiket konsert tersebut. Sudah tentulah saya teruja dan sangat gembira.

“Artis itu sendiri bagi kita tiket dan saya kongsi di TikTok untuk kongsikan kebahagiaan. Itu saja.

“Tapi makin banyak pula yang manipulasi keadaan, keluarkan berita yang tak betul. Jadi inilah kebenarannya. Tolong jangan buat cerita yang bukan bukan.

“Saya hanyalah peminat Noah dan saya sangat terhibur dengan momen yang kami lalui pada Sabtu lalu dengan semua orang yang ada di Zepp, KL malam tu,” katanya yang mengharapkan agar penjelasan itu dapat menjawab segala salah faham yang berlaku.

Nama Zeera hangat diperkatakan selepas videonya di TikTok yang berkongsi kegembiraaan mendapat tiket percumadaripada Ariel Noah menjadi tular.

[SUMBER & FOTO: Instagram Zeera Azizi)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca