Tontonan awal drama Shah Alam 40000 eksklusif di platform iQiyi

DRAMA SHAH ALAM 40000
DRAMA SHAH ALAM 40000
A
A
A

PENARAJU khidmat penstriman, iQiyi International dan Primeworks Studios, mengumumkan drama bersiri Shah Alam 40000, kini boleh ditonton secara eksklusif di platform iQiyi pada setiap hari, bermula 29 Mac lalu.

Drama 28 episod yang dibintangi Rita Rudaini, Umie Aida, Anna Jobling dan ramai lagi itu juga akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, pihaknya teruja dengan usahasama yang terjalin bersama iQiyi untuk berkongsi program terbaik yang dihasilkan.

“Usahama ini bagi meneruskan tradisi kami dalam mengembangkan dan berkongsi program terbaik seperti drama Shah Alam 40000, sekaligus meluaskan kadar pengguna premium bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara,” ujarnya.

Menerusi usahasama itu membolehkan penonton digital dapat mengakses drama tersebut lebih awal sebelum disiarkan di TV.

Shah Alam 40000 mengisahkan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita ternama iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie.

Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden tidak diingini.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan oleh Isma Yusoof itu disiarkan setiap hari bermula 29 Mac hingga 30 April, jam 12 tengahari dan boleh ditonton secara percuma menerusi www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store, selain melalui http://bit.ly/iQIYI.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca