Top 3 Face of Asia : Asyraf wakili Malaysia ke Korea Selatan

Untitled design (85)
Untitled design (85)
A
A
A

PELAKON dan model, Asyraf Dasley, 29, berjaya meraih tempat dikalangan tiga terbaik atau Top 3 dalam pertandingan Face of Asia 2020 (FOC 2020).

Menurut anak jati kelahiran Kedah itu, biarpun berdepan detik cemas apabila mengalami demam denggi ketika pertandingan berlangsung, ternyata rezeki masih lagi berpihak kepadanya.

“Keluarga, rakan dan penyokong banyak memberi sokongan dan dorongan. Mereka tidak putus-putus mengundi saya.

“Ia menjadi penguat semangat saya untuk melunaskan amanah sebagai wakil Malaysia di Korea Selatan,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas pelakon Papa Nak Menantu itu, menerusi pertandingan yang diadakan secara maya pada 4 Disember lalu, dia akan terbang ke Korea Selatan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi tujuan perbincangan kontrak sebagai model pilihan.

“Saya akan ke sana pada tahun depan, cuma tarikh belum dimaklumkan oleh penganjur. Semoga ada khabar baik dan saya akan kongsikan di media sosial,” katanya teruja.

Pelakon tinggi lampai ini juga turut berterima kasih kepada barisan penaja yang membantunya hingga mencapai ke tahap ini.

Dalam perkembangan lain, Asyraf kini bergelar mahasiswa di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) Technology Design (Entrepreneurship).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca